Program Pend. Khas

Rancangan Percantuman Pendidikan Khas adalah perkhidmatan menyediakan kemudahan pendidikan bagi murid dan pelajar dengan Keperluan Khas dalam kategori :-

BERMASALAH PENGLIHATAN

  • Penglihatan terhad adalah mereka yang berkemampuan untuk membaca dan melihat huruf besar dengan cetakan besar atan dengan bantuan alatan khas – seperti cermin mata dan kanta pembesar.
  • Penglihatan teruk (buta) tidak dapat melihat langsung dan memerlukan cetakan “braille” untuk membaca

BERMASALAH PENDENGARAN 

  • (Hard of hearing / Partial Deafness) - Masih boleh mendengar sedikit (bergantung kepada kadar kerosakan bahagian telinga) – Pendengaran tidak terjejas dan dapat memahami pertuturan dengan bantuan  alat bantu mendengar
  • Pekak Teruk (Deaf) - Tidak boleh langsung mendengar dan tidak boleh memproses bunyi linguistic bahasa dan pertuturan dan terpaksa bergantung kepada pendekatan lain- seperti “bacaan gerak bibir (lipreading) atau dengan bahasa isyarat.

BERMASALAH PEMBELAJARAN
Keadaan sel otak tidak dapat berfungsi dengan normal:-

  • Kerencatan akal ringan – boleh dididik
  • Kerencatan akal sederhana/teruk Sindrom Down (Down’s Syndrome) merupakan penyebab utama kerencatan akal – 90% disebabkan oleh “Trisomi-21”. 


Faktor berkaitan dengan otak dan faktor-faktor lain.


  • Kebolehan Kognnitif 
  • Sawan (hilang ingatan)
  • Pengembangan Sosial 
  • Emosi 
  • Auti sme 
  • Dyslexic